Blogger Templates

Isnin, 12 November 2012

~MemBonGkaR RaHsiA ~

~salam~ pembuka bicara


(sekadar kata-kata pembuka bicara) 
sememangnya, bukan mudah untuk kita membuatkan seseorang untuk melakarkan senyuman yang iklas dari hati: senyumn sememangnya indah dan menenangkan hati c penerima senyuman: * senyum seindah suria yg membawa cahaya, senyumlah dari hati dunia mu berseri.....*


apa yang anda fikirkan dlm kotak fikiran anda bila melihat gambar diatas? hehe... fokus raff buknnya secomel mana senyuman yang adik 2 ukirkan tau, tetapi adalh berkaitan dgn hasil tangan yang mampu dihasilkan oleh penduduk kampung halamanku (terusan sugut). kedudukan kg ku yang berhampiran dengan laut dan berfaktorkan kepada pekerjaan yang rata-rata penduduknya berkerja sebagai nelayan, telah mengiatkan lagi penghasilan perahu di kg ini. sebilangan besar penduduk kg mampu menghasilkn perahu sendiri mengikut kreativiti dan keinginan masing2. membuat perahu bukanya sesuatu yang mudah, ia memerlukan kepakaran dan kesabaran yg tinggi pada c pembuat: bapa n abang raff sendiri merupakan pengiat hasil kayu ini. em ... untuk menghasilkan sebuah perahu yang lengkap sepenunya memerlukan tempoh beberapa bulan...kot....hehe (x pasti). raff selalu melihat dgn mata kepala sendiri, bgaimana sukarnya nk hasilkn sebuah perahu...yg mana permintaan dikalangan penduduk adalah mengikut kriteria (tahan lama, bentuk, saiz n kreativiti). 
foto 1 n 2

foto 3 n 4
foto 5 n 6
foto 7
gambar2 d atas merupakan beberapa buah perahu yang originally made in Terusan Sugut, ada yang org tempah n yang lain 2 dibuat untuk kegunaan sendiri.....finally, sebenarnya kebanyakn foto nie d ambil dr FB abang sulung raff sendiri....hanya beberapa gambar je yg dia upload yg lain 2 sendirian berhad kot....hahaha.....   :-) ~ senyum kerana bangga ~ (kampung saya jauh di pedalaman tapi hasil tangan berasaskan kayu mmg menarik n kreatif) berbangga untuk bangsa and tanah kelahiran kita sendiri, kalau bukan kita sape lg.....

Isnin, 24 September 2012

ilhamku....

langkahku longlai menuju ke pintu lena,
mengharapkan perisian yg memenuhi ruang kerinduanku pada mereka, 
ku meminta dan berdoa agar ditemani lenaku oleh 2 insan tercinta,
menghiasi mimpi yg indah dan mendamaikan jiwa

perjalanan lenaku membawa ku kealam mimpi,
apa yg kuharapkn akan ku temui,
wajah seorg insan yg ku sayangi, 
menatapi dan merasai keletihan seorg insan yg ku sanjungi,

buat insan yg kusayangi,
pabila kita bertemu diruangan mimpi,
izinkan aku mengucupi tangan dan dahimu,
dan izinkan aku mencorak senyum manis dibibirmu

untuk insan yg ku sanjungi,
pabila kau hadir di ruangan mimpiku,
izinkan aku melewati keperitanmu,
dan beriku ruang utk menghiasi setiap penat lelahmu

ya Allah, kesyukuran kupnjtkn kepadamu,
KAU menghiasi kamar mimpiku dgn keindahan dan kedamaian,
seperti indah dan hangatnya senyuman manis ibu,
dan bagai damainya wajah letih seorg ayah


kerinduan yg bersarang d hatiku (raff) buat insan yg bergelar ayah dan ibu.....

Selasa, 21 September 2010

(TERUSAN SUGUT) KAMPUNG HALAMAN KU...



Kampung terusan sugut...itulah nama kampung kelahiran ku. kampung nie terletak jauh di pedalaman sabah. sebenarnya..masih ramai orang yang tidak mengetahui kewujudan kampung nie, maklumlah kedudukan kampung nie tersorok...ada sesetengah orang yang memang mengenali kampung nie ,kerana kampung nie kaya dengan hidupan laut ataupun sumber protein. Apa yang pasti bagi sya kehidupan di kampung ini yang letaknya jauh dari bandar membuatkan sya sentiasa berasa tenang,  untuk ke kg nie mmg kne menaiki perahu pengunaan kendraan spt kereta msh x kt kg nie...sbb jln kecik je...hehe tp mmg tenang lebih2 lg bila tgk kg yg msh dikelilingi hutan yg menghijau

sorry gmbr x cantik sgt, mklum la ambil gambar guna kamera handfon je...nie gambar yg diambil semasa perjalan menaiki boat ke pekan d tengah lautan d waktu fajar....